Wednesday, 15 May 2013

Bab 3 - Pelajaran 6 & 7 - Rantai makanan & Siratan makanan

  • Haiwan yang berlainan memerlukan makanan yang berlainan.
  • Haiwan yang menjadikan tumbuhan sebagai sumber utama makanan dinamakan herbivor:
Arnab makan sayur
Lembu makan rumput
Rama-rama makan debunga
  • Haiwan yang menjadikan haiwan lain sebagai sumber utama makanan dinamakan karnivor:

Harimau makan haiwan yang lebih kecil
Ular makan tikus
Katak makan serangga
  • Haiwan yang menjadikan tumbuhan dan haiwan lain sebagai sumber utama makanan dinamakan omnivore:
Beruang makan buah-buahan dan ikan
Monyek makan buah-buahan dan semut
Ayam makan beras dan cacing
  • Rantai makanan secara amnya dimulakan dengan tumbuhan hijau dan berakhir dengan karnivor.
  • Tumbuhan merupakan pembekal. Serangga dan haiwan lain merupakan pengguna.
  • Beberapa rantai makanan boleh bergabung untuk membentuk siratan makanan

Rujukan Video:

Saturday, 13 April 2013

Bab 2 - Pelajaran 5 - Kepentingan kemandirian spesies


  • Kemandirian spesies adalah sangat penting.
  • Hidupan yang tidak dapat mengekalkan kemandirian akan mengalami kepupusan lalu lenyap dari bumi selama-lamanya.
  • Sekiranya spesies haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan, hidupan yang bergantung pada mereka akan kekurangan makan lalu mengalami kepupusan juga.
Burung Dodo mengalami kepupusan akibat tidak dapat mengekalkan kemandirian. Pokok Calvaria yang bergantung padanya untuk memencarkan benih juga mengalami kepupusan.

Rujukan Video:

Bab 2 - Pelajaran 4 - Cara kemandirian tumbuhan

  • Tumbuh-tumbuhan memencarkan benih dan buah-buahan untuk memastikan kemandirian spesies mereka.
  • Contoh ciri-ciri biji benih dan cara pencaran ialah:
Kulit buah kelapa yang mengandungi udara dipencar melalui air
Bunga dandelion yang berbentuk payung dan ringan dipencar melalui udara
Buah-buahan yang berwarna-warni dan sedap dimakan dipencar melalui haiwan
Biji Balsam dan getah yang telah matang akan menjadi kering dan dipencar melalui mekanisme letupan

Rujukan video: