Mengenai Penulis


Salam sejahtera. Nama saya Cheng Yin Chee. Saya bekerja di SJK(C) Kong Hoe, Klang sejak tahun 2006. Saya telah menamatkan kursus Kursus Dalam Cuti di Institusi Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam pada tahun 2010. Kini, saya sedang mengaji  kursus PPG-PJJ yang ditawarkan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris. Blog ini dihasilkan sebagai kerja kursus KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Di sini saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Tn. Modi bin Lakulu selaku tutor kursus ini kerana memberikan peluang kepada saya dan rakan pengajian untuk menerokai pengajaran menggunakan teknologi maklumat. Dengan ini, saya berharap blog ini bukan sahaja bermanfaat kepada saya, malah dapat menjadi panduan kepada para pelajar dalam pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment